Petua 8: Jangan membiarkan peranti dan media storan tidak berjaga

عربى | Bahasa Indonesia简体中文 | Nederlands | Français | Deutsch | English
हिंदी | Magyar | 日本語 | Bahasa Melayu | Português | русский | Español



Risiko-risiko

Pada peranti anda, anda menyimpan maklumat peribadi dan perniagaan. Jika anda hilang peranti anda atau jika ia dicuri, anda juga kehilangan maklumat ini.

Jika anda tidak mempunyai sandar, gambar anda, kenalan, khidmat pesanan ringkas, dokumen dll. akan lenyap – selama-lamanya.

Tambahan lagi jika peranti anda tidak dikunci dengan betul, pencuri dapat mengetahui semua data anda.

Semasa menyeberangi sempadan peranti anda mungkin diperiksa atau dirampas oleh pihak berkuasa: Dalam hal sedemikian anda harus membuat anggapan bahawa semua data anda telah disalin.


Petua Berguna

Jangan membiarkan peranti anda tidak berjaga. Simpannya bersama anda pada setiap masa atau menguncinya.

Sentiasa memeriksa sekali lagi anda tidak tertinggal apa-apa pun semasa meninggalkan kapal terbang, kereta api atau restoran.

Letakkan peranti dalam bagasi tidak berdaftar. Bagasi berdaftar boleh dibuka dan peranti dicuri.

Menyulitkan peranti anda (peribadi dan perniagaan). Jika anda tidak tahu cara untuk menyulitkan peranti perniagaan anda, hubungi Meja Perkhidmatan Teknologi Maklumat anda.

Sentiasa melakukan pembersihan untuk mengembara dengan yang minimum dan hanya ambil data yang anda memerlukan bersama anda bagi mengelakkan pendedahan maklumat yang tidak perlu semasa menyeberangi sempadan di sesetengah negara.

Laporkan kehilangan peranti atau dokumen dengan segera kepada Meja Perkhidmatan Teknologi Maklumat anda dan pengurus anda.


Statistik Yang Menggerunkan

70 juta telefon pintar hilang setiap tahun, dengan penjumpaan semula hanya 7%.

 

Sebuah komputer riba dicuri setiap 53 saat.

25% daripada peranti tersebut dicuri daripada kereta atau semasa diangkut.

 

[ChannelPro Network] [Security Magazine]